SEJARAH SEKOLAH

LATAR BELAKANG / SEJARAH 
SEKOLAH KEBANGSAAN MENDUM

Sekolah Kebangsaan Mendum (SKM) dibuka pada 12 Jun 1948.  Bangunan lama sekolah pada awalnya terletak berhampiran Masjid Kg. Mendum. Selepas ’darurat’ bangunan sekolah berpindah ke tapak yang ada sekarang.

Bangunan asalnya didirikan secara bergotong-royong. Dinding sekolah diperbuat daripada pelupuh bertam yang dianyam. Bangunan tersebut hanya mengandungi 3 bilik darjah.  Kelas pembelajaran hanyalah daripada Darjah 1 hingga Darjah 3 sahaja. Murid SKM akan meneruskan persekolahan Darjah 4 di SK Pusat Lenggeng atau Primary School Lenggeng (sekarang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra, Lenggeng).
 
Sekolah Kebangsaan Mendum mendapat bangunan baru (tambahan) pada akhir Tahun 1990. Mulai tahun 1991, SKM membuka lembaran baru dengan murid Tahun 4 meneruskan persekolahan sekolah rendah mereka di sekolah ini juga hingga ke hari ini. Pada tahun 1994, sebuah bangunan dengan 3 bilik darjah telah dibina.  Makmal komputer telah siap dibina pada akhir 2003.

No comments:

Post a Comment